Disclaimer
![]() Hi peeps. Welcome to my simple blog . Hope you enjoy all le story in this blog . My story nobody can judge . Don't like ? Be pleasure to leave . Be open . No harsh word . Stay close :D Quote Credits
| Kifarah
![]() Apa yang kita buat pada orang , yang tu lah yang kita akan dapat rasa kembali pada masa hadapan . Andaikan kebaikan yang kita curahkan , maka kebaikanlah yang akan kita rasakan . Tapi , andai sebaliknya , maka sebaliknya jugaklah kita akan hadapi . ada cerita seorang hamba . hidupnya sering dirasakan sempurna . ketawa sana sini . hidup sebagai seorang yang ceria dan suka menghiburkan orang lain . seorang yang sangat aktif dan boleh dikatakan setiap apa jua benda baru , dia akan sertai . bulan Jun telah banyak mengubah segalanya . pada hari dia di hantar ke selatan untuk perjuangkan nama sekolah dan perlu menabur bakti dan memahat nama , dia pulang ke utara dengan berita sedih kepada ibunda tercinta . pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM . balik ja dari selatan tanah air , dia khabarkan pada bondanya , bahawa dia perlu berjuang lagi esok hari untuk sekolah . bondanya mula berubah ke muka yang sama . asyik-2 bermain , bila yang nak belajar ? trial semakin hampir . bondanya agak terkilan . anaknya tidak sedarkan diri lagi bahawa ujian besar semakin hampir . dengan hati yang tidak merestui , bondanya terus pergi begitu saja . sedetik saja bondanya berlalu , hatinya mula merasakan tidak sedap bagai seribu satu bala mula menghadap . dengan Kifarah dari Allah , malam tu berlaku pergaduhan berpunca dari khilafnya sendiri . diherdik dan dijerkah . saat tu baru nak ingat Tuhan mungkin . selesai seperkara , keesokkannya pulak datang lagi satu ujian . Allah uji dia lagi dengan ujian yang lebih sukar . kali ni dia perlu bersihkan nama yang tidak bersalah . atas satu salah faham kecil . dia perlu tanggung semuanya . dan suatu malam , dia rindukan orang yang dia amat sayangi . tapi disebabkan hati yang busuk dan tidak pandai menghargai emas di depan mata , dia dibenci orang orang yang tersayang . jijik malah lebih dari itu . satu demi satu ujian Allah turunkan . satu malam , sahabatnya menegur . kali ni , sahabatnya berterus terang atas apa pandangan sahabatnya terhadap dia selama ni . nyatanya banyak kekhilafannya dalam diam . Masha Allah , saat itu air mata jatuh . Allah mungkin terlalu rindukan doa dari HambaNya yang satu ni . mungkin dia terlalu leka bergembira di dunia sehinggakan lupa kepada sang Pencipta di sana . sahabatnya memberi tahu satu persatu . nasihat sedikit demi sedkit . namun dia tabah mendengar . sekurang kurangnya dia nampak khilafnya yang tersembunyi . dia mula muhasabah . pikirkan kembali apa yang dia telah lakukan sehingga mendapat ujian sebesar ini . Ya . puncanya adalah bila suatu ketika seorang anak lebihkan ibunya dari orang lain . Subhanallah . anaknya itu kini teringat kembali suatu ketika dia pernah marahkan ibunya kerana orang lain . sedangkan Allah melarang seorang anak berkata 'uhm' sekali pom terhadap si ibu , apatah lagi melawan dan mengherdik . akhirnya si anak sedar . bahawa segalanya berpunca dari sikap derhakanya itu . sekarang dia hilang segala galanya . and dia juga hilang samting yang paling besar terhadapnya iaitu kepercayaan orang sekeliling . muhasabah si dia sehingga menangis rindukan taubat kepada Allah . menangis rindukan yang tersayang dihati . menangis rindukan sahabat yang dikasihi . buntu memikirkan cara untuk selesaikan semuanya . * maka dengan ini , saya Nor Asilah Bt Khalib ingin memohon jutaan keampunan kepada Kedua Ibu Bapa saya , junior saya yang dah banyak saya lukakan hatinya . saat dia ada saya tak pandai nak menghargai , bila dia membenci pandai pulak saya merindui . saya rindukan hubungan yang lama . panggilan yang lama . and kasih sayang yang lama . saya rindukan tentang kita . tapi tak mungkin la . dia dah jijik dengan saya . saya salah atas semuanya . saya mintak maaf . pasukan unit unitform yang ada perselisihan faham dengan saya . saya mintak maaf untuk semuanya . maaf tak sempat bersemuka minggu lepas kerana ada tugas yang perlu saya tunaikan . saya betul-2 mintak maaf . maafkan saya semuanya :'( |