Never Perfect >

Disclaimer


Hi peeps. Welcome to my simple blog . Hope you enjoy all le story in this blog . My story nobody can judge . Don't like ? Be pleasure to leave . Be open . No harsh word . Stay close :D

Entries About
Quote

I may not perfect , but i try to be better . I know everything happens for a reason, but sometimes I wish I knew what that reason was . I'm not even upset, hurt, or angry anymore. I'm just tired. I'm tired of putting in more effort than I receive .




Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Asilah Khalib
Others:   
Soal Hati or Ego . Mana Penting ? Part 2 .
mini cute icons photo: mini cute c9865e46.gif
Assalamualaikum . kita sambung balik topik lepaih . kalini masuk topik EGO . oke . ego . apa sebenaqnya yang dinamakan EGO ? Bila kita tak luahkan perasaan , itu dinamakan EGO ? bila kita pendam semua perasaan kita , itu dinamakan EGO ? bila kita control perasaan supaya tidak terlalu ketara , itu dinamakan EGO ? sebenarnya aku sendiri tak paham definisi EGO . bagi aku setiap manusia mempunyai definisi EGO yang berbeza . Aku merasakan itu hanya perasaan takut untuk dikecewakan tapi kebanyakan orang mengatakan ianya EGO . aku control perasaan gembira kerana takut apa yang aku harapkan tak menjadi , itu dinamakan EGO ? aku control perasaan marah kerana tak nak ada yang terasa hati , itu dinamakan memendam perasaan ? bukan EGO ka ? sebenarnya apa definisi EGO ? aku perlu tahu apa yang dinamakan EGO . penat aku pikiaq dan aku sendiri tak tau . bagi aku , ego tu suatu sikap negatif yang hanya digunakan untuk kepentingan diri sendiri . 

dia kira berlawanan dengan soal hati tadi . kalau hati , kita kiqa baik jugak la . pikiaq apa semua dulu sebelum bertindak kan ? kalau ego ni , dia buat ja apa dia nak buat , kata ja apa dia nak kata asalkan dia bahagia and tak rasa apa-2 . egois takkan pikir kesan buqok kat individu lain . tapi aku nak tanya la ek ? sapa sini yang takdak ego and ngaku yang dia tak pernah pertahankan ego dia langsung . PEMBOHONG ! hanya yang memang warak arr kira mampu tanam ego dia dalam-2 . tapi macam aku , hang and orang sekeliling aku memang aku yakin semua ada ego . masing-2 nak menang . masing-2 nak sakitkan hati orang yang kita meluat / benci . tapi kadang-2 dengan oqang yang kita sayang pon kalau main dengan ego ni takdak maknanya . kita lebih sayangkan ego ofkos . dengan ego hati kita puaih . dengan ego kita boleh menang semua argue yang kita ada kan ? sapa yang mampu rendahkan ego dia untuk orang . aku buat tapi sometimes tak dihargai pon . aku sanggup tegakkan ego aku asalkan hang sakit . 


kita paling bela ego kita bila kita dicabaq samting yang buat kita baran . time tu 100% ego kita , kita kan lempaq semua . macam gunung beqapi . kumpul semua lahar yang ada sampai satu waktu muntah semua . habis hat bawah-2 sakit . main dengan ego ni , kita baran kat sorang ja tapi habis sekeliling kena tempiaih . aku nak tanya hang la kan , ya la hang yang tengah baca ni . aku tanya , hang bela ego besaq gunung everest , hang rasa bernilai ka dari hubungan dengan orang yang hang sayang ? tak kira la dengan sapa pon . even kadang-2 dengan family kita sendiri . macam mak kita suquh pi tusyen ann ? then kita kata takmau . EGO la tu . hang bela ego banyak-2 pon , bukan boleh pi buat pajak gadai weyh . tak boleh pi mana pon . insurans pon takdak ego ni . memang takdak nilai pon . even dia punya faedah adalah mampu jaga hati dan perasaan sendiri tapi tu dikira selfish . buat orang meluat ja dengan kita . gunung everest ego hang tu tak mampu bawak pi mana-2 even nak juai kat keling botoi sekali pon . dia pon takmau beli . silap-2 hang yang nak kena pi kutip botoi or tin-2 kosong and juai sebab nak sara diri . ego hang sendiri akan musnahkan hidup . 


beb , ego tu sikap negatif . kalau dalam drama melayu ni kita kiqa letak dekat hati belah kiqi la kan sebab jahat . kalau baik kita letak hati kanan . aku ada ego jugak . besaq punya . memang aku ni jenih suka bebai , kuat baqan , suka nak menang sendiri . bab nak menang hati memang aku arhh . tapi weyh , dengan orang yang aku sayang aku mengalah 100% . aku sanggup biaq individu tu pijak ego aku asalkan dia happy and takkan rasa benci or meluat dengan aku . tapi bila ego hang memuncak adalah bila hang dah baik hati rendahkan ego hang dia boleh dok buat hang serupa tahi . series beb . hat tu layak pi jumpak bomoh then santau *analogi ja jangan pi buat sungguh tau* ofkos la bila kita dibuat macam tu , ego kita akan melantun ni macam spring la . bila ditekan / pijak dia akan mendadak naik tegak balik . centu la ego . tak bawak kemana . kalau kita ego kita takkan senang and tenteram . series . kita akan sentiasa caqi jalan or kelemahan oqang tu untuk buat dia sakit hati or down dengan kita baru kita nak qasa puaih kan ? kita akan buat sedaya upaya sampai la hati kita ni kata "haaa padan muka hang ! biaq mampoih pi"centu la kiqa .


nak hidup hang aman , tenteram or indah jangan ada sejemput pon ego dalam hati . aku just kongsi arr . banyak orang yang aku ego dengan dia , tinggal aku . yang mampu sabaq macam member kita memang Alhamdulillah la kan dapat kawan-2 centu . tapi kalau sama-2 ego  , dunia takkan aman beb . kalau hampa gaduh aku tinggai hang , hang tinggai aku masing-2 takmau ngaku memang pecah rekod sampai World War 10 arr aku jamin . nak bahagia , sorang kena buang and mengalah la . kalau masing-2 nak pacak ego sampai bila nak habis . kalah sinetron ooo kalau buat satu movie . panjang alkisahnya . jenoh tunggu . ego dengan hati tak boleh lawan . series . nak lentoq ego memang tak boleh . tak payah nak lentoq bagai . buang ja teqoih . susah nak pikiaq banyak buat apa . macam aku kata la bukan boleh buat juai kat keling botoi pun . aku sendiri cuba buang ego aku sekaqang and Alhamdulillah . berkuqang la jugak . aku mengalah dengan banyak oqang kott . kalau macam taun lepaih aku main sebut ja segala pekataan yang nak keluaq asalkan orang tu sakit hati and hati aku puaih . lepaih tu masam muka setaun dua . suka centu ? memang dak arr . 


nak pi sekolah mengadap muka masing-2 pon rasa sakit hati ja . nak belajaq pon dok pikaiq ja setiap kata-2 yang dia lempaq dekat kita . ha la , nak atoq strategi macam mana nak balaih balik kan ? dah semua ego tinggi bapak punya . memang mampoih la nak mengalah . ni sementara nak masuk taun baqu ni la hampa kena belajaq rendahkan ego weyh . tak guna pon . takdak faedah . sama-2 ja sakit hati . hampa puaih tu memang la tapi takkan kemana . sat ja benda tu semua . lepaih tu hampa akan qasa sakit hati balik . aku just kongsi ja benda ni dengan hampa . aku penat terasa and sakit . aku nak mengalah ja dengan hidup aku kali ni . takmau melawan . kalau aku melawan aku tau hampa takkan suka dan Allah pon mesti marah dengan aku . sakitkan hati manusia , berdosa tau . jangan ingat main-2 . tercatit jugak dosa mengguriskan hati orang . hati mak pak lagi la kan . setitik ayaq mata depa , dosa bertimbun dah kat kita ni . oke . aku harap sangat sapa yang selalu menangkan ego sendiri , kita sama-2 la berubah weyh . menangis banyak kat dunia atas benda baik in sha Allah kita akan happy kat akhirat sana . jangan mengalah dengan cabaran . tapi jangan pulak gunakan ego hampa sebagai pertahanan . silap . aku harap hampa paham apa yang aku cuba kongsi ni . in sha Allah ada apa-2 lagi aku cerita oke . sekian . wassalam.  


Older Post | Newer Post