Disclaimer
![]() Hi peeps. Welcome to my simple blog . Hope you enjoy all le story in this blog . My story nobody can judge . Don't like ? Be pleasure to leave . Be open . No harsh word . Stay close :D Quote Credits
| Dugaan
![]() aku tak salahkan sapa-2 even orang tu selalu sakitkan hati aku . seriously tak . aku maafkan semua . mereka takkan sakitkan hati aku kalau tak aku yang sakitkan hati mereka dulu ataupun berpunca dari salah faham yang entah apa-2 . aku tak nak berdendam . aku cuba anggap ini semua dari Allah . ya . sengaja nak menguji tahap keimanan seorang hambaNya . aku sayang semua . dan aku taknak bermusuh . sebab aku taknak saat nanti bila aku dah nak tinggalkan sekolah , nama yang buruk jugak orang akan ingat tentang aku . aku takkan mampu nak sucikan semua . tapi aku cuba buat sesuatu yang baik supaya orang lain boleh ingat . aku cuma perlu kuat sampai hujung tahun . tak lama lagi dah . tak perlu jadi pengecut dengan lari dari masalah . aku cuma perlu tenang dan hadapi semuanya . benda ni kifarah . okay dengar cakap Aina . mungkin ada dalam masa silam aku sebelum ni aku buat salah dekat orang . so , aku kena terima dengan redha . tapi kalau diikutkan , setiap tahun akan berlaku benda yang sama . mesti akan ada dugaan yang besar sangat . setiap tahun berulang . kadang-2 hampir aku putus asa . entah lah . aku penat ya Allah . aku perlukan perlindungan dan rahmat dariMu . aku cuma perlukan kekuatan . lupakan segala masalah dan hadapi semuanya dengan tenang . fokus pada pelajaran . aku dah banyak tertinggal dari orang lain . ada sahabat yang boleh membantu . walaupun sesetengahnya dah hilang kepercayaan dengan aku , tapi mungkin ada lagi yang lain sudi membantu . sabar sabar dan teruskan bersabar . berdoa dan sujudlah selalu pada Allah ya Asilah . maafkan semua kesalahan orang dan in sha Allah hati akan sentiasa tenang . biar la apa orang nak kata . ingat pesanan , jangan melawan andai orang katakan negatif pada kita . ucapkan terima kasih dan lakukan perubahan . okay tu saja . tenang , ingat Allah , ingat mak dan ayah , ingat cikgu Che , ingat rakan-2 yang masih sayangkan aku , ingat family yang mengharapkan kejayaan dari aku . musuh diluar sana jangan dibimbang . tak bawak kejayaan pon dalam SPM nanti . fokus dan maju ke depan . maaf dah dipinta , itu antara mereka dengan Tuhan , andai perlu bersemuka in sha Allah aku akan cuba ke depan . cari kebaikan mereka yang menyakiti aku , mungkin cuma sekali ni ja mereka sakitkan hati aku , tapi sebelum ni dah berapa banyak kebaikan yang mereka dah bagi dekat aku . okay , ingat semua kebaikan orang . lupakan semua keburukan orang . jaga mata dan jaga hati . in sha Allah semuanya akan selamat . jaga habbluminallah dahulu . kemudian , habbluminnas . jaga hubungan dengan Allah , kemudian baru dengan manusia . in sha Allah aku boleh . senyum Asilah senyum saja :) wallahualam . Kifarah
![]() Apa yang kita buat pada orang , yang tu lah yang kita akan dapat rasa kembali pada masa hadapan . Andaikan kebaikan yang kita curahkan , maka kebaikanlah yang akan kita rasakan . Tapi , andai sebaliknya , maka sebaliknya jugaklah kita akan hadapi . ada cerita seorang hamba . hidupnya sering dirasakan sempurna . ketawa sana sini . hidup sebagai seorang yang ceria dan suka menghiburkan orang lain . seorang yang sangat aktif dan boleh dikatakan setiap apa jua benda baru , dia akan sertai . bulan Jun telah banyak mengubah segalanya . pada hari dia di hantar ke selatan untuk perjuangkan nama sekolah dan perlu menabur bakti dan memahat nama , dia pulang ke utara dengan berita sedih kepada ibunda tercinta . pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM . balik ja dari selatan tanah air , dia khabarkan pada bondanya , bahawa dia perlu berjuang lagi esok hari untuk sekolah . bondanya mula berubah ke muka yang sama . asyik-2 bermain , bila yang nak belajar ? trial semakin hampir . bondanya agak terkilan . anaknya tidak sedarkan diri lagi bahawa ujian besar semakin hampir . dengan hati yang tidak merestui , bondanya terus pergi begitu saja . sedetik saja bondanya berlalu , hatinya mula merasakan tidak sedap bagai seribu satu bala mula menghadap . dengan Kifarah dari Allah , malam tu berlaku pergaduhan berpunca dari khilafnya sendiri . diherdik dan dijerkah . saat tu baru nak ingat Tuhan mungkin . selesai seperkara , keesokkannya pulak datang lagi satu ujian . Allah uji dia lagi dengan ujian yang lebih sukar . kali ni dia perlu bersihkan nama yang tidak bersalah . atas satu salah faham kecil . dia perlu tanggung semuanya . dan suatu malam , dia rindukan orang yang dia amat sayangi . tapi disebabkan hati yang busuk dan tidak pandai menghargai emas di depan mata , dia dibenci orang orang yang tersayang . jijik malah lebih dari itu . satu demi satu ujian Allah turunkan . satu malam , sahabatnya menegur . kali ni , sahabatnya berterus terang atas apa pandangan sahabatnya terhadap dia selama ni . nyatanya banyak kekhilafannya dalam diam . Masha Allah , saat itu air mata jatuh . Allah mungkin terlalu rindukan doa dari HambaNya yang satu ni . mungkin dia terlalu leka bergembira di dunia sehinggakan lupa kepada sang Pencipta di sana . sahabatnya memberi tahu satu persatu . nasihat sedikit demi sedkit . namun dia tabah mendengar . sekurang kurangnya dia nampak khilafnya yang tersembunyi . dia mula muhasabah . pikirkan kembali apa yang dia telah lakukan sehingga mendapat ujian sebesar ini . Ya . puncanya adalah bila suatu ketika seorang anak lebihkan ibunya dari orang lain . Subhanallah . anaknya itu kini teringat kembali suatu ketika dia pernah marahkan ibunya kerana orang lain . sedangkan Allah melarang seorang anak berkata 'uhm' sekali pom terhadap si ibu , apatah lagi melawan dan mengherdik . akhirnya si anak sedar . bahawa segalanya berpunca dari sikap derhakanya itu . sekarang dia hilang segala galanya . and dia juga hilang samting yang paling besar terhadapnya iaitu kepercayaan orang sekeliling . muhasabah si dia sehingga menangis rindukan taubat kepada Allah . menangis rindukan yang tersayang dihati . menangis rindukan sahabat yang dikasihi . buntu memikirkan cara untuk selesaikan semuanya . * maka dengan ini , saya Nor Asilah Bt Khalib ingin memohon jutaan keampunan kepada Kedua Ibu Bapa saya , junior saya yang dah banyak saya lukakan hatinya . saat dia ada saya tak pandai nak menghargai , bila dia membenci pandai pulak saya merindui . saya rindukan hubungan yang lama . panggilan yang lama . and kasih sayang yang lama . saya rindukan tentang kita . tapi tak mungkin la . dia dah jijik dengan saya . saya salah atas semuanya . saya mintak maaf . pasukan unit unitform yang ada perselisihan faham dengan saya . saya mintak maaf untuk semuanya . maaf tak sempat bersemuka minggu lepas kerana ada tugas yang perlu saya tunaikan . saya betul-2 mintak maaf . maafkan saya semuanya :'( |